ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDON




JABATAN PERDAGANGAN
TAJUK : ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE       LONDON
 


NAMA AHLI :
AMIRUL HAFIZ BIN ANUAR (02DLS17F1046)
MUHAMMAD HARIZ BIN MISNAN (02DLS171016)
MUHAMMAD DANIAL BIN ABDULLAH (02DLS17F1093)
AHMAD SAUQI BIN ABDUL AZIZ (02DLS17F1106)


NAMA PENSYARAH : MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
 
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
3-4
PENGENALAN
5-7
ROMBONGAN MALAYSIA KE LANDON
8-11
TERCATAT SEJARAH PENETAPAN KEMERDEKAAN PADA 31.8.1957
12-13
SAMBUTAN KEPULANGAN ROMBONGAN KEMERDEKAAN DI BANDAR HILIR MELAKA
14-15
PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
15-17
MENJELANG DETIK 12 MALAM 31.8.1957
18-20
PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR
21-22
RUJUKAN
22




                                PENGHARGAAN
        
      Assalamualaikum,Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan E-folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Tinjauan ke atas rombongan kemerdekaan ke London”. E-folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus.
        Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang  banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek E-folio kami ini. Pertama sekali kepada pensyarah kami kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada kami sekumpulan.
         Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek saya, “PENGAJIAN MALAYSIA” kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan e-folio ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek kami kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk e-folio kami serta membantu kami dari semasa kami susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke akhir hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang menyiapkan e-folio.Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan e-

folia.Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek e-folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan.
            Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang e-folio kami dijalankan dan diusahakan.



PENGENALAN
 Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita,lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni AlmarhumSultan Abdul Hamid Halim Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik kejayannya.
     Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua MenteriPersekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana MenteriMalaysia yang pertama. Beliau merupakan putera ke-6 daripada isteri kedua atau yang ke-24 bagiayahnya.
       Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun1943. Ibunya pula Che Manjalara berketurunan Siam dan Burma telah menukar namanya kepada SharifahFatimah setelah memeluk agama Islam.Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwarakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawabserta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja.     

         Kepimpinan beliau amat terserlah samaada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpinnegara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya.Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan TanahMelayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalammembentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan. Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darah pun sebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran.kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. 
        Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957



ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDON 


  31hb Ogos 2015 adalah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Di mana tumpahnya darah, di situ jua tempatku akan disemadikan. Dirgahayu negaraku Malaysia !

Hari kemerdekaan tidak akan lengkap jika tidak dipaparkan keseluruhan detik-detik sejarah yang mengukir di papan-papan batu yang tak lekang dek panas dan yang tak timbus dek hambatan kemajuan teknologi. Sejarah mengajar kita agar menjadi cermin dan panduan kepada kita bagi melalui liku-liku hidup. Sesungguhnya orang yang melupai sejarah bangsa dan negaranya adalah golongan yang tidak mengenali siapa dirinya sendiri !





Persiapan Degelasi Merdeka Ke London

Untuk merundingakan kemerdekaan dengan British di London bukanlah semudah sekarang, kerana perbelanjaan untuk menaiki kapal laut dan kapal terbang ketika itu memerlukan kos yang tinggi.

Mengimbau kembali peristiwa yang berlaku dalam Persidangan Umno di Dewan Hang Tuah Bandar Hilir, Melaka sekitar tahun 1955. Ketika itu Tunku berucap yang beliau akan berangkat ke London bersama Raja-raja Melayu.

Dengan loghat Kedah, Tunku berkata,”Saya ni nak pi London. UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit. Saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, bagi Malaya merdeka”.




 

Orang menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipinya. Lantas para serikandi UMNO dengan segera menyahut seruan Tunku dengan menyerahkan apa jua barangan kemas yang ada di badan seperti gelang, loket, subang, pin baju dan sebagainya untuk didermakan bagi membiayaai pemergian Tunku dan rombongan. Manakala yang lelakinya pula menyerahkan tongkat berkepala emas, jam tangan dan lain-lain barang berharga. 



Walaupun ianya tidak mencukupi tetapi semangat orang-orang Melayu begitu tinggi untuk bersama berkorban apa saja bagi mencapai hasrat kemerdekaan Tanah Melayu.
Pada 1hb Januari 1956, Tunku dan rombongan kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan dengan kapal laut MV Asia dari Singapura.  Dari Karachi, mereka meneruskan penerbangan ke Kaherah seterusnya ke London.



Tercacat Sejarah Penetapan Kemerdekaan pada 31.08.1957

Rombongan Tunku sampai di London pada 14hb Januari 1956. Mereka kemudiannya berunding dengan perwakilan kerajaan British, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu dan lain-lain. Rundingan berjalan dari 16hb Januari hingga 6hb Februari 1956.




Akhirnya kerajaan British akur memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian London telah ditandatangani pada 8hb Februari 1956. Mereka menetapkan tarikh 31hb Ogos 1957 bagi Persekutuan Tamah Melayu mencapai       kemerdekaan mutlak. 


Inilah tarikh keramat yang kita sambut setiap tahun sebagai tarikh pembebasan Tanah Melayu dari belenggu penjajah.
  


Sambutan Kepulangan Rombongan Merdeka di Bandar Hilir Melaka




Rombongan Tunku dari London sampai ke Singapura dan kemudiannya ke Melaka. Satu sambutan besar-besaran diadakan membabitkan kira-kira 100,000 orang orang yang menunggu di Padang Bandar Hilir yang kini dikenali sebagai Dataran Pahlawan.

Sesungguhnya laungan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! telah berkumandang di sini buat pertama kalinya  pada 20hb Februari 1956.

Dengan itu maka pelbagai persiapan untuk pengisytiharan kemerdekaan telah dilakukan termasukalah pembinaan Stadium Merdeka,                                                                                         Kuala Lumpur.



  Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Penggubalan perlembagaan bukanlah satu kerja yang mudah dan memerlukan banyak siri perbincangan dan tolak-ansur antara orang-orang Melayu dengan kaum-kaum Cina dan India. Ini kerana kemerdekaan mutlak yang bakal diperolehi adalah juga kerana persefahaman antara kaum-kaum ini dalam Pilihanraya Persekutuan yang pertama dan kerja keras mereka merundingkan perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu.

Sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Terdapat pelbagai bantahan dan penerimaan dari pelbagai golongan bagi draf perlembagaan sebelum ianya diluluskan.

Antara perkara penting yang dimasukkan dalam perlembagaan ialah mengenai tuntutan keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perkara 153  adalah menepati kehendak Memorandum Perikatan. Disamping agama Islam dijadikan ugama rasmi negara.



Draf Perlembagaan kemudiannya telah dibincangkan di London dengan kunjungan ini di ketuai oleh Tunku pada 10hb Mei 1957.   Dalam mesyuarat dengan kerajaan British, beberapa persetujuan telah dicapai. Kertas Putih Kerajaan yang mengandungi pindaan-pindaan ke atas Penyata Reid telah dikeluarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa  kebangsaan.

Yang Dipertuan Agong telah diberi tanggungjawab oleh perlembagaan untuk menjaga kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang halal bagi kaum-kaum yang lain.

Rang undang-undang itu kemudiannya telah dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan pada 10hb Jun 1957 dan diluluskan.


Menjelang Detik 12 Malam 31.08.1957

Menjelang 30 Ogos, sekitar jalan-jalan bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan dan orang ramai berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-lampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling.

Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. 

Detik 10 malam, wakil-wakil yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Tanah Melayu dan Singapura mengambil tempat di sekeliling tiga bahagian padang. Diikuti dengan pembentukan 300 Pemuda Perikatan mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap menara jam.

Tunku Abdul Rahman diiringi masuk pada pukul 11.55 malam bersama 30 ahli-ahli Perikatan bermotorsikal dengan pengiring polis. Tunku disambut oleh Dato’ Abdul Razak Hussein, Encik Saadon Jubir, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambantan. Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas mengadap ke tiga-tiga tiang bendera.




Pukul 11.58 semua lampu di padang dan di sekeliling dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita. Detik 12 tengah malam lampu dipasangkan apabila jam besar berbunyi menandakan bermulanya era Tanah Melayu yang merdeka. Ini diikuti pula dengan laungan  ”Merdeka” oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang secara spontan.

Bendera Union Jack mula diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai menandakan berakhirnya pentadbiran Britih di Tanah Melayu.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan Negaraku  yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum. Setelah bendera berada di puncak tiang, sorakan ”Merdeka” telah dilaungkan oleh Tunku sebanyak tujuh kali. Merdekalah sudah tanahairku.
  


Perisytiharan Kemerdekaan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur



Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31hb Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.
Pada upacara bersejarah itu wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman yang menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu.
RUJUKAN

Buku Pengajian Malaysia
http://www.arkib.gov.my/web/guest/rombongan-kemerdekaan-pulang-dari-london
http://kesultananjohor.blogspot.com/2012/01/18-01-1956-persidangan-malaya-merdeka.htm


Comments